Sunday, April 25, 2010

Barang Keperluan Permata Hati Ku

Bantal dan tilam.. Warna hijau, warna kegemaran Papa, dan warna itu juga pilihan Papa untuk "Baby D". Papa beli set tilam ni kat Pasaraya Ku kat Gopeng.

Pampers Pureen Basic Saiz 'S'..

Set comforter (tilam) dan bantal.. Yang ni beli untuk rumah pengasuh.

Ni la benda yang paling susah Mama dan Papa nak cari. Dari pasaraya kecik sampai la ke Giant, Tesco, Ipoh Parade, Jusco Kinta City pun x jumpa.. Last-last jumpa benda ni UO Greentown Mall. Tau apa benda ni.. Kelambu bentuk macam cengkerang turtle. Dia macam khemah la.. Untuk keselamatan anak Mama dan Papa ni waktu tido..

Changing Mat..

Nasal Aspirator.. Untuk sedut hingus kalau anak Mama ni selsema.

Safety Pin.. Guna dengan napkin. Dalam tempoh pantang mungkin akan guna napkin jer kalau di rumah. Kalau nak g klinik ke, kena tahan kat wad ke, guna pampers jer.

Baldi besar, baldi kecil, bakul kecil serta bakul besar.

Besen mandi

Barang untuk kebersihan :
Cotton buds, kapas, bebola kapas, dan wet tissue serta bekas bedak

Barang Mandian :
Bedak, baby bath dan baby head to toe wash

Baju ni baru je Mama beli kat TF Tanjung Malim masa Mama dan Papa beli barang keperluan rumah.

Koleksi baju untuk "Baby D" yang telah siap tersusun dalam drawer.

Barut, topi, mitten dan botten. Stokin dalam plastik tu Mak Su yang belikan masa dia pergi umrah. Ada lagi mitten dan botten "Baby D", tapi dah kemas masuk dalam beg.

Kain lampin dan bedung.

Keperluan untuk rumah pengasuh. Botol susu dan beg nursery.
Ada gak "Manual Breast Pump" coz Mama plan walaupun kat nursery, anak Mama ni tetap akan menikmati BF. Bagi Mama susu ibu adalah makanan terbaik buat anak Mama. Sampai masanya baru la Mama perkenalkan susu formula. Tu pun bukan pada masa yang terdekat ni.


Sunday, April 18, 2010

Sekapur Sirih

Salam Kasih dari Mama dan Papa.. Blog ini Mama dan Papa wujudkan khas untuk anak Mama dan Papa yang bakal lahir.. Blog ini akan memahatkan segala perkembangan "Permata Hati" Mama dan Papa ni.. Permata Hati Mama dan Papa di jangka akan lahir pada pertengahan bulan Jun 2010.. Ketika blog ini di wujudkan, Permata hati Mama dan Papa telah pun berusia 32 minggu (8 bulan) dalam kandungan Mama.. Mama dan Papa harap sayang akan lahir dengan selamat dan sihat.. Itu harapan Mama dan Papa..

Majlis Berendoi, 10 Julai 2010