Sunday, August 15, 2010

Kuasa Allah

Jumaat malam Sabtu, Mama bawak Qina ke ruang tamu rumah kita... Papa pun ikut sama... Niatnya nak pasang langsir untuk raya nanti.. Mama berhenti dekat dengan frame hiasan yang ada tulisan khat Ayat Kursi (frame ni Uncle Sham yang kasik). Sayang pandang frame tu lama2.. Tu kebiasaan yang sayang buat, suka tengok sesuatu lama2. Tapi kali ni, lain sikit.. Tak lama lepas tu, mulut sayang mula berbunyi, lama sangat.. Seolah-olah seperti sayang membaca Ayat Kursi yang tertulis pada frame tu... Apakah benar firasat Mama ni, Mama pun tak pasti.. Hanya Qina dan Allah sahaja yang mengetahui... Syukur pada Allah andai benar Sayang membaca Ayat Kursi tu...

Monday, August 9, 2010

Alahai.. Qina kena ruam pulak..

Hurm... Kesian anak Mama ni....

Baru je baik demam, datang lagi hal lain... Petang 7 Ogos (Sabtu), lepas mandi.. Mama tengok dekat kepala Qina timbul bintik-bintik merah... Kebetulan pengasuh Qina datang tengok Qina.. Kakak tu kata ni ruam... Mama call Mak Yang, Mak Yang cakap letak beak sejuk.. Tapi kalau naik banyak lagi, bawak g hospital ler...

Tak lama kemudian mama tengok seluruh badan Qina tumbuh bintik-bintik merah tu. Mama semakin risau, akhirnya mama dan papa bawak Qina ke Hospital Slim River.. Sampai dekat pintu Unit Kecemasan tu, mama dan papa tengok ramai orang, nampaknya terpaksa g klinik swasta ler jawapnye... Datang seorang pengawal keselamatan, dia bagitau yang ramai tu sebab tunggui orang kes kemalangan.. Jadi papa daftarkan Qina... Tak lama kemudian, nama Qina di panggil...

Cerita la pada doktor tu masalahnya... Doktor tengok badan Qina.. Check nafas Qina...
Doktor kata ni sebab dari demam.. Doktor cakap nak buat ujian darah, takut hal lain.. Mama, Papa dan Qina bergerak ke Wad Pemerhatian... Nurse datang untuk amik darah Qina, Mama ingatkan macam test kuning hari tu.. Rupanye tidak... Amik darah macam orang dewasa.. Nurse cari urat yang timbul pada tangan Qina, mama dah sebak.... Rasa nak nangis tengok darah anak Mama diambil dalam kuantiti yang agak banyak... Dengan jugak la 2 orang nurse ni crita pasal wad... Dalam hati, Qina kena admit wad ker..... Hurmmm... Doktor suruh tunggu ujian darah...

Alhamdulillah, semuanya ok... Qina dibenarkan balik dengan ubat yang diberikan... Doktor bagi cream untuk di sapu, ubat demam dan ubat selsema....

Friday, August 6, 2010

Qina Demam

Pagi Selasa (3 Ogos 2010), masa Mama tukar pampers Qina sebelum Mama pergi kerja, Mama rasa baan Qina suam-suam (orang kata dedor).. Balik dari sekolah, Mama amik Qina.. Pengasuh Qina kata, Qina demam.. Mama rasa badan Qina panas... Mama terus pergi kedai beli 'Cool Fever'... Balik rumah terus tampal pada dahi Qina.. Teringat pesanan JM Laili, kalau demam boleh bagi ubat demam yang dapat masa check0up Qina 2 bulan hari tu..

Seharian memerap dengan Mama.. Selain itu Qina jugak batuk dan selsema. Mama dan Papa terpaksa sedut hingus Qina bagi memastikan Qina bernafas dengan selesa dan lancar. Hari Khamis (5 Ogos 2010), Mama terpaksa MC, sebab Mama juga demam... Mama x cukup tido... Mama tak kisah, biar la mama x cukup tido, janji Qina selamat dan sihat...

Mama ke Klinik Kesihatan Trolak Selatan, pagi tu ramai sangat. Papa pulak ada appoiment dengan doktor pakar kat Hospital Slim River. Jadi terpaksa pulang dulu, petang baru pergi klinik.. Qina mama tetap hantar ke rumah pengasuh seketika untuk mama ke klinik. Tengah kes H1N1 ni, mama tak brani bawak Qina ke klinik lama-lama.. Risau...

Balik dari klinik, Mama ambil Qina, Qina dah semakin sihat, demam dah takder.. Tapi still selsema dan batuk-batuk..

Majlis Berendoi, 10 Julai 2010