Pagi Selasa (3 Ogos 2010), masa Mama tukar pampers Qina sebelum Mama pergi kerja, Mama rasa baan Qina suam-suam (orang kata dedor).. Balik dari sekolah, Mama amik Qina.. Pengasuh Qina kata, Qina demam.. Mama rasa badan Qina panas... Mama terus pergi kedai beli 'Cool Fever'... Balik rumah terus tampal pada dahi Qina.. Teringat pesanan JM Laili, kalau demam boleh bagi ubat demam yang dapat masa check0up Qina 2 bulan hari tu..
Seharian memerap dengan Mama.. Selain itu Qina jugak batuk dan selsema. Mama dan Papa terpaksa sedut hingus Qina bagi memastikan Qina bernafas dengan selesa dan lancar. Hari Khamis (5 Ogos 2010), Mama terpaksa MC, sebab Mama juga demam... Mama x cukup tido... Mama tak kisah, biar la mama x cukup tido, janji Qina selamat dan sihat...
Mama ke Klinik Kesihatan Trolak Selatan, pagi tu ramai sangat. Papa pulak ada appoiment dengan doktor pakar kat Hospital Slim River. Jadi terpaksa pulang dulu, petang baru pergi klinik.. Qina mama tetap hantar ke rumah pengasuh seketika untuk mama ke klinik. Tengah kes H1N1 ni, mama tak brani bawak Qina ke klinik lama-lama.. Risau...
Balik dari klinik, Mama ambil Qina, Qina dah semakin sihat, demam dah takder.. Tapi still selsema dan batuk-batuk..
Friday, August 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment