Saturday, December 18, 2010

Qina beraya lagi... Rumah Tok We...

Qina dengan Mama kat Bukit Kayu Hitam


With Acu dan Opah


Dengan mama saya lagi... Papa mana?


Sempadan Malaysia - Thailand... Kaki masih memijak bumi Malaysia... Kat blakang sana tu batu Thailand...


Sempadan Malaysia - Thailand.... Belakang tu Malaysia ya....

Qina berhari raya....

Lama sungguh aku x update blog Poteri kesayanganku ini..
Dah nak hujung tahun, baru sempat nak update serba serbi mengenai perkembangan Qina..
Untuk post kali ni..
Crita pasal Qina di Hari Raya...
Raya Aidilfitri..

Tahun ni beraya kat Temoh.. Aksi gila-gila pak dan mak sedara Qina...

Qina ketika ini berusia 3 bulan dan ini merupakan hari raya pertama yang disambutnya. Qina dah pakai baju kurung... Opah yang jahitkan baju kurung Qina..

Qina dengan Papa dan Mama.. Tema raya tahun nii...
Warna CREAM...Tahun depan???

Kecik-kecik dah pakai tudung Syria... Ni tudung Kak Ada..
Opah pakaikan pada Qina.. Comelnya anak mama pakai tudung.

Qina dengan atuk....


Friday, September 3, 2010

Bila Qina dah mengantuk....



Alahai... Botol susu dah kosong pun masih "Sayang" isap yer sebab dah mengantuk.. Bila mama bagi "puting kosong", Qina rak nak isap.. Qina tolak2 dengan lidah bila mama masukkan puting kosong ke dalam mulut Qina... Tapi, kalau botol susu OK lak... Ni kes nak melalikan matanya untuk tidur le ni..


Setelah kekenyangan... Tertidur akhirnya...

Wednesday, September 1, 2010

Sunday, August 15, 2010

Kuasa Allah

Jumaat malam Sabtu, Mama bawak Qina ke ruang tamu rumah kita... Papa pun ikut sama... Niatnya nak pasang langsir untuk raya nanti.. Mama berhenti dekat dengan frame hiasan yang ada tulisan khat Ayat Kursi (frame ni Uncle Sham yang kasik). Sayang pandang frame tu lama2.. Tu kebiasaan yang sayang buat, suka tengok sesuatu lama2. Tapi kali ni, lain sikit.. Tak lama lepas tu, mulut sayang mula berbunyi, lama sangat.. Seolah-olah seperti sayang membaca Ayat Kursi yang tertulis pada frame tu... Apakah benar firasat Mama ni, Mama pun tak pasti.. Hanya Qina dan Allah sahaja yang mengetahui... Syukur pada Allah andai benar Sayang membaca Ayat Kursi tu...

Monday, August 9, 2010

Alahai.. Qina kena ruam pulak..

Hurm... Kesian anak Mama ni....

Baru je baik demam, datang lagi hal lain... Petang 7 Ogos (Sabtu), lepas mandi.. Mama tengok dekat kepala Qina timbul bintik-bintik merah... Kebetulan pengasuh Qina datang tengok Qina.. Kakak tu kata ni ruam... Mama call Mak Yang, Mak Yang cakap letak beak sejuk.. Tapi kalau naik banyak lagi, bawak g hospital ler...

Tak lama kemudian mama tengok seluruh badan Qina tumbuh bintik-bintik merah tu. Mama semakin risau, akhirnya mama dan papa bawak Qina ke Hospital Slim River.. Sampai dekat pintu Unit Kecemasan tu, mama dan papa tengok ramai orang, nampaknya terpaksa g klinik swasta ler jawapnye... Datang seorang pengawal keselamatan, dia bagitau yang ramai tu sebab tunggui orang kes kemalangan.. Jadi papa daftarkan Qina... Tak lama kemudian, nama Qina di panggil...

Cerita la pada doktor tu masalahnya... Doktor tengok badan Qina.. Check nafas Qina...
Doktor kata ni sebab dari demam.. Doktor cakap nak buat ujian darah, takut hal lain.. Mama, Papa dan Qina bergerak ke Wad Pemerhatian... Nurse datang untuk amik darah Qina, Mama ingatkan macam test kuning hari tu.. Rupanye tidak... Amik darah macam orang dewasa.. Nurse cari urat yang timbul pada tangan Qina, mama dah sebak.... Rasa nak nangis tengok darah anak Mama diambil dalam kuantiti yang agak banyak... Dengan jugak la 2 orang nurse ni crita pasal wad... Dalam hati, Qina kena admit wad ker..... Hurmmm... Doktor suruh tunggu ujian darah...

Alhamdulillah, semuanya ok... Qina dibenarkan balik dengan ubat yang diberikan... Doktor bagi cream untuk di sapu, ubat demam dan ubat selsema....

Friday, August 6, 2010

Qina Demam

Pagi Selasa (3 Ogos 2010), masa Mama tukar pampers Qina sebelum Mama pergi kerja, Mama rasa baan Qina suam-suam (orang kata dedor).. Balik dari sekolah, Mama amik Qina.. Pengasuh Qina kata, Qina demam.. Mama rasa badan Qina panas... Mama terus pergi kedai beli 'Cool Fever'... Balik rumah terus tampal pada dahi Qina.. Teringat pesanan JM Laili, kalau demam boleh bagi ubat demam yang dapat masa check0up Qina 2 bulan hari tu..

Seharian memerap dengan Mama.. Selain itu Qina jugak batuk dan selsema. Mama dan Papa terpaksa sedut hingus Qina bagi memastikan Qina bernafas dengan selesa dan lancar. Hari Khamis (5 Ogos 2010), Mama terpaksa MC, sebab Mama juga demam... Mama x cukup tido... Mama tak kisah, biar la mama x cukup tido, janji Qina selamat dan sihat...

Mama ke Klinik Kesihatan Trolak Selatan, pagi tu ramai sangat. Papa pulak ada appoiment dengan doktor pakar kat Hospital Slim River. Jadi terpaksa pulang dulu, petang baru pergi klinik.. Qina mama tetap hantar ke rumah pengasuh seketika untuk mama ke klinik. Tengah kes H1N1 ni, mama tak brani bawak Qina ke klinik lama-lama.. Risau...

Balik dari klinik, Mama ambil Qina, Qina dah semakin sihat, demam dah takder.. Tapi still selsema dan batuk-batuk..

Friday, July 16, 2010

Majlis Berendoi dan Cukur Jambul




Anakku Syauqina...
Ketika ini dikau berusia 44 hari..

Mama dan Papa telah adakan Kenduri Kesyukuran serta Majlis Berendoi dan Cukur Jambul untuk dirimu... Aqiqah untuk dirimu juga telah mama dan papa sempurnakan... Majlis ini berlangsung pada hari Sabtu, 10 Julai 2010...

Thursday, June 3, 2010

Kelahiran Mu Sayang



Di bawah lampu UV ketika dirimu diserang Jaundis. Masa ni mama risau sangat. Sedih mama tengok dirimu di bawah sinaran lampu UV. Kulitmu kering.. Mama sapukan losyen.. Tiap pagi nurse akan ambil sampel darah untuk ujian TSB. Kesian anak mama...
Inilah mama ketika menahan sakit untuk melahirkanmu sayang... Mujur ada opah, tuk, mak yang, papa yang sentiasa ada di sisi mama...

Dirimu di bawah sinaran lampu UV di Hospital Tapah..

Inilah papa sayang.. Papa mendukung sayang, ketika ini sayang masih lagi di wad..

Inilah diri mu ketika berusia sehari...


Sunday, April 25, 2010

Barang Keperluan Permata Hati Ku

Bantal dan tilam.. Warna hijau, warna kegemaran Papa, dan warna itu juga pilihan Papa untuk "Baby D". Papa beli set tilam ni kat Pasaraya Ku kat Gopeng.

Pampers Pureen Basic Saiz 'S'..

Set comforter (tilam) dan bantal.. Yang ni beli untuk rumah pengasuh.

Ni la benda yang paling susah Mama dan Papa nak cari. Dari pasaraya kecik sampai la ke Giant, Tesco, Ipoh Parade, Jusco Kinta City pun x jumpa.. Last-last jumpa benda ni UO Greentown Mall. Tau apa benda ni.. Kelambu bentuk macam cengkerang turtle. Dia macam khemah la.. Untuk keselamatan anak Mama dan Papa ni waktu tido..

Changing Mat..

Nasal Aspirator.. Untuk sedut hingus kalau anak Mama ni selsema.

Safety Pin.. Guna dengan napkin. Dalam tempoh pantang mungkin akan guna napkin jer kalau di rumah. Kalau nak g klinik ke, kena tahan kat wad ke, guna pampers jer.

Baldi besar, baldi kecil, bakul kecil serta bakul besar.

Besen mandi

Barang untuk kebersihan :
Cotton buds, kapas, bebola kapas, dan wet tissue serta bekas bedak

Barang Mandian :
Bedak, baby bath dan baby head to toe wash

Baju ni baru je Mama beli kat TF Tanjung Malim masa Mama dan Papa beli barang keperluan rumah.

Koleksi baju untuk "Baby D" yang telah siap tersusun dalam drawer.

Barut, topi, mitten dan botten. Stokin dalam plastik tu Mak Su yang belikan masa dia pergi umrah. Ada lagi mitten dan botten "Baby D", tapi dah kemas masuk dalam beg.

Kain lampin dan bedung.

Keperluan untuk rumah pengasuh. Botol susu dan beg nursery.
Ada gak "Manual Breast Pump" coz Mama plan walaupun kat nursery, anak Mama ni tetap akan menikmati BF. Bagi Mama susu ibu adalah makanan terbaik buat anak Mama. Sampai masanya baru la Mama perkenalkan susu formula. Tu pun bukan pada masa yang terdekat ni.


Sunday, April 18, 2010

Sekapur Sirih

Salam Kasih dari Mama dan Papa.. Blog ini Mama dan Papa wujudkan khas untuk anak Mama dan Papa yang bakal lahir.. Blog ini akan memahatkan segala perkembangan "Permata Hati" Mama dan Papa ni.. Permata Hati Mama dan Papa di jangka akan lahir pada pertengahan bulan Jun 2010.. Ketika blog ini di wujudkan, Permata hati Mama dan Papa telah pun berusia 32 minggu (8 bulan) dalam kandungan Mama.. Mama dan Papa harap sayang akan lahir dengan selamat dan sihat.. Itu harapan Mama dan Papa..

Majlis Berendoi, 10 Julai 2010