Monday, August 9, 2010

Alahai.. Qina kena ruam pulak..

Hurm... Kesian anak Mama ni....

Baru je baik demam, datang lagi hal lain... Petang 7 Ogos (Sabtu), lepas mandi.. Mama tengok dekat kepala Qina timbul bintik-bintik merah... Kebetulan pengasuh Qina datang tengok Qina.. Kakak tu kata ni ruam... Mama call Mak Yang, Mak Yang cakap letak beak sejuk.. Tapi kalau naik banyak lagi, bawak g hospital ler...

Tak lama kemudian mama tengok seluruh badan Qina tumbuh bintik-bintik merah tu. Mama semakin risau, akhirnya mama dan papa bawak Qina ke Hospital Slim River.. Sampai dekat pintu Unit Kecemasan tu, mama dan papa tengok ramai orang, nampaknya terpaksa g klinik swasta ler jawapnye... Datang seorang pengawal keselamatan, dia bagitau yang ramai tu sebab tunggui orang kes kemalangan.. Jadi papa daftarkan Qina... Tak lama kemudian, nama Qina di panggil...

Cerita la pada doktor tu masalahnya... Doktor tengok badan Qina.. Check nafas Qina...
Doktor kata ni sebab dari demam.. Doktor cakap nak buat ujian darah, takut hal lain.. Mama, Papa dan Qina bergerak ke Wad Pemerhatian... Nurse datang untuk amik darah Qina, Mama ingatkan macam test kuning hari tu.. Rupanye tidak... Amik darah macam orang dewasa.. Nurse cari urat yang timbul pada tangan Qina, mama dah sebak.... Rasa nak nangis tengok darah anak Mama diambil dalam kuantiti yang agak banyak... Dengan jugak la 2 orang nurse ni crita pasal wad... Dalam hati, Qina kena admit wad ker..... Hurmmm... Doktor suruh tunggu ujian darah...

Alhamdulillah, semuanya ok... Qina dibenarkan balik dengan ubat yang diberikan... Doktor bagi cream untuk di sapu, ubat demam dan ubat selsema....

No comments:

Post a Comment

Majlis Berendoi, 10 Julai 2010